Dalil Upah Haji

"Hadis riwayat Fadl bin Abbas ra. Bahwa seorang wanita dari Bani Khats'am berkata, "Wahai Rasulullah saw.! Sesungguhnya Allah telah mewajibkan haji kepada hamba-Nya, bapaku seorang yang sudah berumur, tidak mampu mengadakan perjalanan, apakah boleh aku menghajikannya?" Rasulullah saw. menjawab, "Boleh."

Monday, August 17, 2009

CARA PENDAFTARAN DAN PEMBAYARAN



Jika anda berminat untuk melakukan upah haji. Kaedahnya adalah seperti berikut:

KAEDAH PERTAMA

Offline: Melalui temu janji
  1. Sila hubungi Ustaz Hayat (0179065131) untuk membuat temu janji.Kebiasaanya temu janji akan diadakan di Pusat Rawatan Islam KISWAH Terapi Ruqyah Syariyyah, No 16 Tingkat Dua, Jalan Ahmad Shah28000 Temerloh, Pahang Darul Makmur  (ATAS SSM TEMERLOH BERDEKATAN PUBLIC BANK TEMERLOH) atau mana-mana tempat yang disepakati bersama.
  2. Penyerahan borang, isi borang, pembayaran dan akad.

KAEDAH KEDUA
Online: Melalui e mail
  1. Sila hubungi Ustaz Hayat untuk memaklumkan hasrat anda.

  2. E mail maklumat di bawah ke hayat_annaqsyabandi@yahoo.com : nama anda, alamat anda, no tel anda serta keterangan orang yang dihajikan: nama beliau, atas sebab (meninggal dunia / uzur) dan hubungan keluarga.

  3. Lakukan pembayaran melalui kaedah-kaedah berikut:

Kaedah bayaran A:

Offline: ATM deposit / ATM transfer / Cash deposit ke akaun
Muliati binti Saad.
no akaun Bank Islam : 14162020055479 atau

akaun MAYBANK: 156057415555 (Muliati binti Saad)
Sila sms saya ke 017 9065131 sejurus bank in, sms maklumat masa dan tarikh bank in, alamat email dan no tel anda untuk proses akad.
Kaedah bayaran B:
Offline:
Cek atau wang pos.Perlulah ditulis atas nama:


Muliati binti Saad
di alamat: 35, Taman Jaya 2, Jalan Maran, 28000 Temerloh, Pahang Darul Makmur.

Anda perlulah menulis nama di belakang wang pos atau cek tersebut.
Sila sms saya ke no 0179065131 sejurus menghantar cek dan wang pos,sms maklumat masa dan tarikh hantar, alamat e mail dan no tel anda untuk proses akad.


Kaedah bayaran c:
Online
:
BANK ISLAM: 14162020055479 (MULIATI BINTI SAAD) atau



akaun MAYBANK: 156057415555 (Muliati binti Saad)Sila sms saya ke 017 9065131 sejurus bank in, sms maklumat masa dan tarikh bank in, alamat email dan no telefon anda untuk proses akad.
PERHATIAN!!!
Proses dikira terbatal sekiranya pembayaran tidak dibuat dalam masa tiga hari selepas menghantar e mail / borang maklumat am yang diinginkan.

4) Barulah akad dijalankan melalui telefon. Kami akan menghubungi anda untuk proses akad:
Lafaz akad adalah:
" Bismillahirrahmanirrahim...dengan ini saya bersetuju Syarikat ARUFA menjadi wakil diri saya bagi menguruskan upah haji untuk penama ................................"
5) Setelah pengesahan penerimaan bayaran barulah perlaksanaan haji dilakukan pada musim haji tahun berkenaan.
6)Kemudian penghantaran sijil pengesahan dan "hadiah" (bergantung kepada situasi dan keadaan / jika ada) dari perlaksana badal haji selepas musim haji. Kami akan memaklumkannya kepada anda apabila sijil telah tiba dari tanah suci.
Semoga ALLAH SWT mengurniakan haji yang mabrur kepada orang yang dihajikan, Amin...

UPAH HAJI BERSAMA ARUFA

Kami ahli keluarga syarikat ARUFA menawarkan perkhidmatan upah haji bagi orang yang telah meninggal dunia dan uzur. Badal Haji(upah haji) ini akan dilaksanakan oleh pelajar-pelajar tahfiz, imam-imam masjid-masjid di Mekah dan petugas-petugas Malaysia / Indonesia dan Fathani yang berada di Mekah dan Madinah.

Harga yang kami tawarkan adalah RM1800 seorang.

Kami bukan sahaja melakukan haji bagi pihak keluarga anda malah umrah wajib. RM1800 tersebut termasuklah umrah yang bakal dilaksanakan.

Harga yang kami tawarkan merangkumi:

  • sewa khemah wukuf di Arafah
  • sewa khemah melontar di Mina
  • tambang dari Mekah ke Arafah, Arafah ke Mina dan Mina ke Mekah
  • belanja makan bagi orang yang melaksanakan haji dan umrah
  • upah tawaf dan saie' haji
  • upah tawaf dan saie' umrah
  • belanja urusan di tanah air; urusan penghantaran wang, urusan penghantaran sijil dan urusan penghantaran hadiah.

CONTOH SIJIL UPAH HAJI

Ini adalah contoh sijil upah haji yang kami berikan kepada individu yang telah selesai dilakukan upah haji.

KLIK GAMBAR UNTUK BESAR DAN JELAS

Sunday, August 16, 2009

Hukum Haji Badal (Upah Haji)




Khas Bagi Yang Uzur atau Telah Meninggal Dunia


PENGENALAN:
Hukumnya WAJIB bagi waris yang MAMPU!!!
Barangsiapa yang mampu menyambut panggilan haji, kemudian kerana sakit atau lanjut usia tidak dapat melaksanakannya, maka dia diharuskan meminta orang lain untuk menghajikannya.
DALIL:
Hal ini berdasarkan hadis riwayat Fadl bin Abbas ra. Bahwa seorang wanita dari Bani Khats'am berkata, "Wahai Rasulullah saw.! Sesungguhnya Allah telah mewajibkan haji kepada hamba-Nya, bapaku seorang yang sudah berumur, tidak mampu mengadakan perjalanan, apakah boleh aku menghajikannya?" Rasulullah saw. menjawab, "Boleh." Ini pendapat Imam Syafi'i, Imam Ahmad dan Imam Abu Hanifah. Sementara Imam Malik berkata, "Tidak wajib."

Apabila seorang yang sakit setelah dihajikan sembuh:
Maka kewajiban hajinya tidak gugur. Yang bersangkutan wajib mengulanginya. Menurut Imam Ahmad kewajibannya telah gugur. Barangsiapa yang melaksanakan haji nazar sementara dia belum melaksanakan haji Islamnya, maka haji nazarnya itu dibalas sebagai haji Islam dan setelah itu ia harus menunaikan haji nazarnya.
Barangsiapa yang meninggal dunia, belum malaksanakan haji Islam atau haji nazar, maka walinya wajib untuk menunaikan haji tersebut dengan biaya dari harta si mati. Ini pendapat ulama Syafi'i dan Hambali.

Ulama Hanafi dan Maliki berpendapat, "Ahli waris tidak wajib menghajikan si mayit kecuali jika si mayit mewasiatkannya, maka ia dihajikan dengan biaya tidak lebih dari sepertiga harta warisan."

Syarat orang yang mengerjakan haji badal:
Orang yang melaksanakan haji badal disyaratkan sudah melaksanakan haji untuk dirinya baik mampu atau tidak.
Dalil:
Hal ini berdasarkan hadis riwayat Ibnu Abbas r.a., Bahwa Rasulullah saw. mendengar seorang laki-laki berkata, "Aku penuhi panggilan-Mu untuk Syabramah." Rasulullah saw. bertanya, "Apakah engkau telah melaksanakan haji untuk dirimu?" Ia menjawab, "Belum." Beliau bersabda, "Hajilah untuk dirimu kemudian laksanakan haji untuk Syabramah."
Jadi apa tunggu lagi wahai para muslimin. Tunaikanlah niabah haji untuk bonda, ayahanda, datuk nenek, moyang dan sesiapa sahaja yang masih tidak mengerjakan haji sama ada kerana uzur atau yang telah kembali ke rahmatullah...